Pameran Export Furniture Exhibition (EFE) 2018

FRIM buat julung kalinya menyertai Export Furniture Exhibition (EFE) 2018 bertempat di Kuala Lumpur Convention Center yang bermula dari 9 Mac 2018 sehingga 12 Mac 2018. Penyertaan FRIM pada kali ini bertemakan ‘Certified Furniture for Small Office Home Office’ (SOHO) telah membabitkan kerjasama dengan lima pengusaha perabot Bumiputera yang berpengalaman dalam pasaran eksport. Lima syarikat yang menyertai EFE 2018 di bawah Program Lonjakan Eksport Perabot Bumiputera adalah Puncak Bumi Utama Sdn. Bhd., Regal Bonus Sdn. Bhd., One Tech Funiture Sdn. Bhd., Meranti Furniture Sdn. Bhd. dan Sasabina Recreation Sdn. Bhd.

Dengan menampilkan konsep kediaman studio sebagai latarbelakang bagi pameran ini, sasaran penyertaan adalah bagi mempromosikan Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS) serta produk pengusaha bumiputera yang telah dipersijilkan dan sedia menembusi pasaran eksport. Penyertaan delegasi FRIM pada EFE 2018 ini terdiri daripada para pegawai FRIM PCS dan Unit Pameran FRIM. Majlis perasmian akan berlangsung pada Jumaat, 9hb Mac jam 2.30 petang yang akan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mah Siew Keong, Menteri Perladangan Industri dan Komoditi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

YouTube
Instagram