Mesyuarat Konsultasi Bersama Pemegang Taruh dan Pengusaha Perabot Bumiputera

Satu mesyuarat konsultasi pemegang taruh dan pengusaha perabot bumiputera telah diadakan di IOI Palm Garden Hotel, Putrajaya bermula 30 November sehingga 2 Disember 2018. Lima puluh satu orang peserta agensi, persatuan dan syarikat hadir pada mesyuarat tersebut termasuk Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Persatuan Pengusaha Perabot Bumiputera Malaysia-PETRA, Persatuan Perabot Makmal Sains (PEMASA) dan pengusaha perabot.

Mesyuarat yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod itu bertujuan untuk memberi maklum balas dan mendapatkan input bagi menambahbaik Program Pemerkasaan Pengusaha Perabot Bumiputera.

Dato’ Dr Abd Latif menyampaikan ucapan pada majlis perasmian
Sebahagian daripada peserta yang hadir







Pembentang menyampaikan slide masing-masing pada sesi pembentangan.

Dari kiri atas:En Hashim B W.Samsi(Ketua Program FRIM-MOF), Rohana Binti Abd Rahman(Pegawai FRIM), En Khairul Bin Masseat(Pegawai Penyelidik FRIM), Datin Salamah Selamat(Pengarah Urusan FRIM-PCS). 

Dari kiri bawah: Puan Nor Haliyan Binti Tan Shilan (Pengurus Pensijilan),Puan Suhana Rafidah Bt Md Yusof(Pengurus Latihan), Puan Elia Suhaily Binti Md Yacob(Timbalan Pengarah Urusan).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *