PENDEDAHAN KEPERLUAN PENSIJILAN FRIM-PCS DI EFE 2019

FRIM telah menyertai Export Furniture Exhibition (EFE) 2019 yang ke-15 di Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC pada 9-12 Mac lalu. Pameran tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Industri Utama, YB Datuk Seri Shamsul Iskandar bin Mohd Akin pada 9 Mac, dan turut dilawati oleh Menterinya, YB Teresa Kok pada 11 Mac 2019.

Fokus utama FRIM dalam penyertaan pameran tersebut adalah untuk mendedahkan perkhidmatan pensijilan perabot yang disediakan oleh Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM-PCS) kepada pengusaha, pedagang dan pengeksport perabot antarabangsa. FRIM turut membentangkan mengenai perkhidmatan FRIM-PCS yang disampaikan oleh Pn Elia Suhaily Md Yacob pada seminar EFE Industry yang berlangsung pada 11 Mac dan dihadiri seramai 30 pengunjung.
Turut menyertai FRIM di dalam pameran ini ialah dua jenama tempatan yang bersetuju untuk mempersijilkan perabot eksport mereka, iaitu Ramaco dari Ramaco Bena dan LINEA by NOKTA (gabungan tiga syarikat pembuat iaitu NSF Manufacturing, One Tech dan Furnitech. Pengalaman kedua-dua jenama di dalam pasaran eksport diambil kira dalam penyertaan ini. Turut dipamerkan ialah pembangunan rekabentuk yang menepati standard yang dibangunkan oleh Unit Rekabentuk di bawah Program Pemerkasaaan Pensijilan Produk.

Perkhidmatan FRIM-PCS mendapat sambutan yang baik daripada pengusaha perabot antarabangsa, dan juga pedagang antarabangsa yang mahukan produk perabot mereka dipersijilkan. Pensijilan ini mampu meningkatkan keyakinan pedagang dan pengguna dengan penghasilan produk berkualiti melalui pembuatan yang baik dan pengujian produk mengikut keperluan standard.
Untuk maklumat lanjut mengenai FRIM-PCS, sila layari http://pcs.frim.gov.my atau e-mel ke alamat pcs@frim.gov.my.

Gambar sekitar pameran Export Furniture Exhibition(EFE)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *