Latar Belakang FRIM PCS

Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS) telah ditubuhkan pada bulan Jun 2013 dan diluluskan di bawah kuasa-kuasa khas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 18 November 2014 sebagai tambahan kepada Akta 319 (1985) Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia).

Pada 12 Disember 2014, FRIM telah berjaya mendapat akreditasi ISO/IEC 17065 (Conformity Assessment – Requirements for Bodies Certifying Products, Processes and Services) daripada Jabatan Standard Malaysia dan diiktiraf sebagai Badan Pensijilan Produk yang ke lapan di Malaysia.

Susulan daripada Akta 782 FRIM yang telah diwartakan pada 1 Oktober 2016, FRIM PCS dapat memainkan peranan yang lebih luas sebagai badan pensijilan produk yang berasaskan perhutanan dan keluaran hutan.