Matlamat utama FRIM PCS (Product Certification Services) adalah untuk:

  • Membantu industri tempatan untuk menghasilkan produk berkualiti secara konsisten
  • Memastikan industri berasaskan kayu memenuhi spesifikasi yang diperlukan dan standard yang ditentukan oleh pihak-pihak berkepentingan dan pengguna, dan
  • Membantu industri berasaskan kayu dalam pembuatan produk berkualiti yang memenuhi standard seperti yang dituntut oleh pasaran tempatan dan antarabangsa

Visi

Menjadi badan pilihan serantau bagi perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan pengesahan produk berasaskan hutan menjelang 2025.

Objektif

Memacu industri pembuatan ke arah penghasilan produk berkualiti tinggi secara konsisten untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Misi

Menawarkan perkhidmatan ujian, pemeriksaan, pengesahan dan pensijilan yang melangkaui jangkaan bagi operasi dan rantaian bekalan pelanggan melalui jaminan kualiti.

Polisi Kualiti

Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan dipercayai.