Borang Permohonan

Untuk permohonan kali pertama, sila isi permohonan berikut:

Borang Permohonan  Muat Turun PDF
Borang Maklumat Produk Muat Turun PDF
Borang Deklarasi Muat Turun PDF

Borang tersebut boleh dihantar melalui e-mel, faks atau mel kepada Bahagian Pemasaran PCS FRIM. Pemberitahuan keputusan permohonan akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja.

 

Garis Panduan Muat Turun PDF

Kelebihan Pensijilan Produk Kepada Industri

  • Memberi tanda jaminan produk dihasilkan di bawah sistem yang effektif melibatkan ujian, pemantauan dan kawalan yang berkesan.
  • Pembeli atau pengguna tidak perlu melakukan ujian terhadap produk kerana ianya telah diperakui memenuhi keperluan standard melalui sijil kepatuhan produk yang dikeluarkan oleh FRIM PCS.
  • Produk yang dipersijilkan memberi jaminan keselamatan dan kebolehpercayaan kepada pengguna
  • Label pelekat produk yang dilekatkan ke atas produk merupakan cara pemasaran yang terbaik
  • Meningkatkan reputasi pengusaha serta meluaskan pasaran
  • Mengurangkan penolakan produk serta meningkatkan tahap kecekapan pengusaha dalam penghasilan produk yang berkualiti