Latar Belakang FRIM PCS

Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS) ditubuhkan pada bulan Jun 2013 dan diluluskan di bawah kuasa-kuasa khas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 18 November 2014 sebagai tambahan kepada Akta 319 (1985) Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia.

Pada 12 Disember 2014, FRIM berjaya mendapat akreditasi ISO/IEC 17065 (Conformity Assessment – Requirements for Bodies Certifying Products, Processes and Services) daripada Jabatan Standard Malaysia dan diiktiraf sebagai Badan Pensijilan Produk yang kelapan di Malaysia.

Susulan daripada Akta 782 FRIM yang diwartakan pada 1 Oktober 2016, FRIM PCS telah memainkan peranan yang lebih luas sebagai badan pensijilan produk berasaskan perhutanan dan keluaran hutan.