Soalan Lazim

Kualiti Pensijilan Produk adalah Audit pihak ketiga terhadap proses dan pengeluaran produk, untuk menilai tahap pematuhan proses dan produk terhadap keperluan piawaian yang ditetapkan. Ini akan membawa kepada pengiktirafan melalui penganugerahan Sijil untuk Kualiti Produk di bawah FRIM PCS.

Sila hubungi pegawai kami di Badan Pensijilan Produk FRIM melalui maklumat berikut:-

Puan Nur Elysa Shakira Binti Othman
Email: nurelysa@frim.gov.my
Tel: 03 6279 7746 / 03 6279 7730 / 03 6279 7772

Nilai kos yang perlu dibayar adalah bergantung pada bayaran permohonan, audit, tenaga pakar, yuran tahunan dan lain-lain kos berkaitan dengan pengurusan sijil.

No Peringkat Bayaran Perkhidmatan
1 Kelulusan permohonan sebut harga dan pengemukaan Permohonan dan Borang Perisytiharan Bayaran Permohonan
2 Setelah tamat Penilaian/Audit Pematuhan dan permulaan ujian produk Audit & Bayaran Ujian
3 Sijil diluluskan tetapi sebelum pengeluaran perakuan Bayaran Tahunan
4 Audit Pengawasan (12 bulan selepas perakuan) dan ujian produk Bayaran Audit Pengawasan, Ujian & Tahunan
5 Audit Pengawasan(24 bulan selepas perakuan) dan ujian produk Bayaran Audit Pengawasan, Ujian & Tahunan
6 Audit Pensijilan Semula(untuk kitaran pensijilan baru) Bayaran Pensijilan Semula audit, ujian produk dan tahunan

Apabila sesuatu produk dipersijilkan,FRIM-PCS akan mengeluarkan Sijil Kepatuhan Produk kepada pemohon. Nama pemegang sijil dan produk yang dipersijilkan akan dimasukkan ke dalam Pangkalan Data Senarai Pemegang Sijil Yang Aktif

Tidak. Walaubagaimanapun, dalam sesuatu keadaan ianya wajib bagi agensi yang mengawal selia seperti Kementerian Kewangan(Bahagian Perolehan Perabot Kerajaan Bagi Kontrak Panel Berpusat) dan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.

Ya. Pemantauan dilaksanakan bagi memastikan :

  1. Tahap amalan syarikat dalam memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh skim pensjilan termasuk peraturan dan standard adalah berkekalan,
  2. pelan kualiti produk pengilang sentiasa dilakanakan, dan
  3. produk yang dihasilkan oleh pengilang adalah sentiasa berkualiti

Pemohon perlu:

  1. Berdaftar di bawah kod bidang selaras dengan Sistem Kontrak Panel Berpusat di Kementerian Kewangan Malaysia
  2. Memiliki kilang pembuatan perabot
  3. Memiliki mesin-mesin berkaitan pembuatan perabot
  4. Beroperasi secara sepenuhnya sebelum permohonan dibuat
  5. Mempunyai sistem dokumentasi dan rekod yang teratur bagi :

a) Perolehan bahan mentah dan komponen

b) Lukisan teknikal dan spesifikasi perabot yang dikeluarkan

c) Kawalan kualiti dalaman

d) Kawalan tentukuran peralatan

e) Kawalan kualiti produk yang tidak memenuhi spesifikasi

f) Aduan pelanggan

g) Kompetensi personel