Matlamat utama FRIM PCS (Product Certification Services):

  • Membantu industri tempatan dalam menghasilkan produk berkualiti secara konsisten
  • Memastikan industri berasaskan kayu memenuhi spesifikasi dan standard yang ditentukan oleh pihak berkepentingan dan pengguna, serta
  • Membantu industri berasaskan kayu dalam pembuatan produk berkualiti selaras dengan keperluan standard pasaran tempatan dan antarabangsa

Visi

Menjadi pekhidmat pilihan serantau bagi pensijilan, pemeriksaan dan pengesahan produk berasaskan hutan menjelang 2025.

Objektif

Memacu industri pembuatan ke arah penghasilan secara konsisten produk berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Misi

Menawarkan perkhidmatan ujian, pemeriksaan, pengesahan dan pensijilan bagi operasi dan rantaian bekalan pelanggan yang melangkaui jangkaan melalui jaminan kualiti.

Polisi Kualiti

Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan dipercayai.