Fungsi utama PCS FRIM ialah:

  • Menjadi badan yang bertanggungjawab terhadap semua skim pensijilan di bawah kendaliannya.
  • Menyokong proses penetapan piawaian dengan berkhidmat sebagai sekretariat atau ahli kepada badan penetapan piawaian yang sesuai dalam merumuskan piawaian yang perlu pengesahan kualiti produk dan memantau di bawah kajian semula secara berkala.
  • Memproses permohonan untuk pemberitahuan Perkhidmatan Pensijilan (CS) dan pengeluaran sticker yang mempunyai logo kepada produk yang telah diperakui.
  • Melaksana penyiasatan dan penyelesaian pertikaian serta aduan dan rayuan yang berkait dengan perkhidmatan yang diberi.
  • Berhubung rapat dengan badan akreditasi kebangsaan dan organisasi pensijilan yang lain yang berkaitan dengan pengesahan kualiti produk.
  • Menyelaras badan-badan kebangsaan, serantau dan antarabangsa yang berkaitan dengan pengesahan kualiti produk bagi memudahkan kerjasama dan peraturan pengiktirafan bersama.
  • Melaksana program promosi dan memberi publisiti kepada FRIM PCS, di peringkat tempatan dan antarabangsa.