Aduan, Bantahan dan Rayuan boleh dibuat melalui;

             i.        borang aduan di laman web FRIM PCS;  Borang Aduan

            ii.        surat;

           iii.        emel atau

           iv.        telefon

Aduan

i.        Aduan yang diterima hendaklah berkaitan pensijilan produk FRIM PCS sahaja seperti pemalsuan logo; penyalahgunaan label pelekat, pemalsuan sijil kepatuhan produk dan sebarang keraguan yang berkaitan;

ii.            Semua aduan hendaklah disalurkan kepada FRIM PCS untuk tindakan selanjutnya.

   i.            Bantahan boleh dikemukakan bermula daripada proses permohonan sehingga sebelum keputusan Panel Pensijilan FRIM PCS dikeluarkan;

  ii.            Bantahan yang dikemukakan boleh mempengaruhi tempoh proses permohonan; dan

 iii.            Keputusan bantahan adalah muktamad.

i.            Keahlian Jawatankuasa Kesaksamaan dan Rayuan (FIAC) terdiri daripada;

             a.    Pengerusi – Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FRIM

            b.    Setiausaha – Pengarah Urusan FRIM PCS

           c.    Wakil FOMCA

           d.    Wakil KPDNKK

           e.    Wakil MOF

           f.     Wakil MFC

          g.    Wakil MOE

ii.        Rayuan hendaklah dibuat secara bertulis kepada FRIM PCS. Tempoh rayuan adalah dua minggu selepas keputusan dimaklumkan kepada pemohon/pemegang sijil produk dan rayuan selepas tempoh tersebut tidak akan dilayan.

iii.        Rayuan yang diterima hendaklah berkaitan dengan prosedur Pensijilan Produk FRIM PCS.

iv.        Rayuan akan diteliti bagi mengenalpasti jenis rayuan, kes, dan pihak yang bertanggungjawab; dan

v.        Keputusan Jawatankuasa Kesaksamaan dan Rayuan adalah muktamad dan sebarang rayuan semula tidak akan dilayan.