7 Mei 2024 – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan Sesi Town Hall dan Ramah Mesra FRIM PCS & MP di Rumah Arboreta, FRIM. Majlis ini menjemput semua pelangan serta agensi-agensi yang terlibat dengan FRIM PCS. Majlis ini turut dihadiri oleh oleh Encik Mahmudin Saleh, Timbalan Ketua Pengarah FRIM (Operasi).
Sesi Town Hall dimulai dengan sesi taklimat Status Semasa Skim Pensijilan Produk FRIM oleh Dr Sharmiza Adnan, Pengarah Urusan FRIM PCS. Kemudian diteruskan dengan sesi dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polisi, Perundangan dan Prosedur Berkaitan Dengan Pegecualian Duti/Cukai Bagi Industri Perabot dan Produk Perhutanan oleh Cik Siti Sarah Ghazli. Taklimat terakhir di sampaikan oleh Puan Saidatul Atyah Mohd. Apendai dari Jabatan Standard Malaysia, Insentif Pelepasan Cukai Dua Kali Ganda (DTD).
Pihak FRIM PCS mengucapkan terima kasih atas kehadiran menjayakan majlis ini serta mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.