MALAYSIAN INTERNATIONAL FURNITURE FAIR 2024

1 Mac 2024 Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menyertai pameran Malaysian International Furniture Fair (MIFF) bermula pada 1 – 4 Mac 2024 bertempat di MITEC, Kuala Lumpur.

Reruai FRIM telah menerima kunjungan daripada YBhg Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani yang merupakan Menteri Perladangan dan Komoditi pada pameran MIFF 2024 awal petang ini.

Kunjungan Yang berhormat telah disambut mesra oleh YBrs Dr Wan Tarmeze Wan Ariffin, Pengarah Bahagian Keluaran Hutan, Dr Sharmiza Adnan, Pengarah Urusan FRIM PCS serta petugas pameran yang terdiri daripada Nor Haliyan Tan Shilan, Noor Azrieda Abd Rashid, Yanti Abd Kadir, Muhammad Azidan Zakaria, Nurhajarulhasni Md Ismail, Nur Elysa Shakira Othman dan Noraniza Ahmad Daud.

Dengan membawa tema ‘FRIM Solution Provider for Furniture Industry’ pada pameran kali ini, FRIM telah mempamerkan sorotan utama dalam mempromosikan kemudahan makmal pengujian yang ditawarkan di FRIM serta perkhidmatan pensijilan produk (FRIM PCS).

Pameran pada kali ini juga telah mengetengahkan dua produk utama iaitu katil kayu daripada syarikat Impressive Transforms Sdn. Bhd. serta Telephone Booth drp syarikat Oasis Furniture Industries Sdn. Bhd. kedua-dua produk ini dihasilkan daripada sumber bahan yang mesra alam sekitar dan selamat untuk pengguna.

Turut hadir pada hari pertama pameran MIFF adalah Puan Toh An Nee dan Puan Ida Suriani Abd Shukor.

 

Tinggalkan Balasan