KUNJUNGAN HORMAT PEKA KE FRIM

19 Julai 2024 Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima kunjungan hormat Persatuan Pengusaha Kayu-Kayan dan Perabot Bumiputra Malaysia (PEKA) yang diketuai oleh Presiden PEKA, YBrs. Tuan Haji Farosham Naizamohideen.

 
Kunjungan telah disambut mesra oleh Ketua Pengarah FRIM, YBrs Dr Ismail Hj Parlan, Encik Hashim W.Samsi, Ketua Program Produk Kualiti Kayu, Dr Sharmiza Adnan, Pengarah Urusan FRIM PCS, Dr Suffian Misran, Dr Latifah Jasmani dan pegawai-pegawai FRIM.
 
Kunjungan hormat ini bertujuan bagi mengukuhkan hubungan dua hala di antara PEKA dan FRIM.
 
Pada sebelah petang pula, taklimat perkongsian FRIM kepada Ahli PEKA telah dihadiri oleh 30 usahawan yang dilaksanakan secara maya dan bersemuka di Auditorium, FRIM. Taklimat ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai Product Certification Services (PCS) dan Transfer of Technology (TOT) serta bagaimana ini dapat memberi manfaat kepada ahli-ahli PEKA dalam usaha meningkatkan keupayaan dan daya saing dalam industri ini

 

 

 

 

 

Tinggalkan Balasan