Dialog Bersama Industri Perabot dan Pemegang Taruh

11 Julai 2018- Satu Majlis Dialog Bersama Industri Perabot dan Pemegang Taruh di FRIM telah diadakan di Auditorium FRIM. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah FRIM ‘Dato’ Dr Abd Latif Bin Mohmod’. Dialog ini diadakan bertujuan untuk menerangkan kepada syarikat proses pensijilan produk perabot FRIM PCS dan kepentingan untuk mematuhi keperluan yang ditetapkan bagi memperkasakan pengusaha perabot. Dialog dikendalikan oleh barisan panel yang terdiri daripada Pengarah Urusan FRIM PCS-Datin Salamah Selamat,Ketua Pasukan Teknikal FRIM PCS-Hashim W. Samsi, Felo Penasihat FRIM Incorporated Sdn Bhd-Y.Bhg Dato Seri Amim A. Wahab dan Encik Hamdan Bin Selaman-Ketua Bahagian Rekabentuk Produk dan Pengujian Pusat Sumber Teknologi Perabot FITEC.

Turut hadir Dr Ismail Harun-Timbalan KP(Penyelidikan)-FRIM, Dr Khali Aziz Hamzah-Timbalan KP(Operasi) FRIM dan Datuk Rahim Sudin-Felo FRIM PCS.


Pendaftaran tetamu undangan


Perasmian oleh Ketua Pengarah FRIM-Dato’ Dr Abd Latif Mohmod


Barisan panel. Dari kiri:Datin Salamah Selamat, Hashim W. Samsi, Datuk Rahim Sudin, Dato’ Seri Amim A. Wahab dan Hamdan Selaman.


Majlis dialog

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

YouTube
Instagram