Unit Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM PCS menjalani Audit Dalam ISO/IEC 17065 pada 17 Ogos 2018. Audit dua hari yang bermula pada 14-15 Ogos 2018 diketuai oleh Dr. Kevin Ng Kit Siong dan dibantu oleh Dr. Lee Chai Ting dan Puan Noor Rasyila Mohd Noor.
Audit dijalankan untuk memastikan FRIM PCS mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh standard ISO/IEC 17065 serta prosedur berkaitan dan keperluan perundangan sebagai badan pensijilan produk.
Datin Salamah Selamat selaku Pengarah Urusan FRIM-PCS mengucapkan terima kasih atas komitmen juruaudit dan menyatakan segala teguran dan cadangan penambahbaikan akan dilaksanakan bagi mengukuhkan FRIM sebagai Badan Pensijilan Produk.
Sesi soal jawab antara Pengurus Pensijilan dan Ketua Juruaudit
Kakitangan FRIM-PCS dan juruaudit