18 Mac 2022 – Staf Perkhidmatan Persijilan Produk FRIM PCS dan Program Pemerkasaan Pensijilan Produk (MP) bersama ahli-ahli keluarga telah mengadakan aktiviti penanaman pokok di Stesen Penyelidikan FRIM di Bidor, Perak bagi meyokong Program Penghijauan Malaysia dan kempen Penanaman 100juta pokok pada Jumaat lalu.
Deligasi yang diketuai oleh Pengurus Pensijilan FRIM PCS yang turut disertai Dr Sharmiza Adnan, Pengarah Urusan telah disambut oleh Dr. Ho Wai Mun , Penyelaras SPF Bidor.
Sebanyakan 10 anak-anak pokok seperti Vatica umbonata (resak air), Eusideroxylon zwageri (belian), Dryobolanops oblongifolia (keladan), Shorea macrophylla (engkabang jantung) dan Shorea mecistopteryx (engkabang burung)yang disediakan oleh pihak SPF Bidor telah ditanam.
Pasukan FRIM PCS dan MP juga turut dibawa melawat ke sekitar kawasan SPF Bidor untuk menikmati keindahan pemandangan tasik bekas lombong bijih timah. Ribuan terima kasih kepada yang terlibat serta warga Bidor.