FRIM PCS BERJAYA MELEPASI AUDIT PEMANTAUAN ISO/IEC 17065 DARI JABATAN STANDARD MALAYSIA DAN MENGEKALKAN FRIM SEBAGAI BADAN PENSIJILAN PRODUK

8 JUN 2022 – FRIM PCS BERJAYA MELEPASI AUDIT PEMANTAUAN ISO/IEC 17065 DARI JABATAN STANDARD MALAYSIA DAN MENGEKALKAN FRIM SEBAGAI BADAN PENSIJILAN PRODUK

FRIM PCS telah selesai menjalani audit pemantauan bagi Skim Akreditasi Badan Pensijilan Produk dari Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) pada 8 hingga 9 Jun 2022. Audit pemantauan ini dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan standard ISO/IEC 17065:2012, IAF MD 2,4,12, 15, prosedur dan polisi yang ditetapkan oleh Standards Malaysia. Dua orang juruaudit Standards Malaysia iaitu Tn. Haji Basori bin Selamat dan Puan Sharifah Aishah binti Syed Abdullah telah menyempurnakan penilaian pada kedua-dua hari tersebut. Skop akreditasi adalah perabot  institusi pendidikan, pejabat, domestik, bukan domestik dan kabinet dapur.

Terdapat beberapa penemuan yang diusulkan oleh pihak juruaudit untuk tindakan penambahbaikan terhadap sistem pensijilan produk yang diamalkan oleh FRIM PCS. Juruaudit turut mengesyorkan akreditasi FRIM sebagai Badan Pensijilan Produk diteruskan dengan syarat penemuan yang diberikan diambil tindakan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini merupakan tahun ke lapan FRIM berjaya mengekalkan status sebagai Badan Pensijilan Produk yang diiktiraf oleh Standards Malaysia sejak diakreditasikan pada 12 Disember 2014.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dengan perkhidmatan
pensijilan produk FRIM PCS.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

YouTube
Instagram