FRIM PCS MENGHADAPI AUDIT LUAR ISO/IEC 17065

Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS) telah selesai menjalani Audit Luar ISO/IEC 17065 (SV  2) PADA 14 & 15 November 2019. Audit ini telah dilaksanakan di Pejabat FRIM PCS yang dihadiri oleh personel FRIM PCS dan Dr. Sharmiza Adnan selaku Ketua Sistem Audit FRIM. Penilaian audit telah dilaksanakan oleh juruaudit daripada Jabatan Standard Malaysia iaitu En. Roslee Saad selaku Ketua Juruaudit dan En. Benardos Bingkang selaku juruaudit.
 
Audit ini dijalankan untuk memastikan FRIM PCS mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh standard ISO/IEC 17065 serta prosedur berkaitan dan keperluan perundangan sebagai badan pensijilan produk.
 
Audit ini dijalankan untuk memastikan FRIM PCS mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh standard ISO/IEC 17065 serta prosedur berkaitan dan keperluan perundangan sebagai badan pensijilan produk.
Mesyuarat penutupan telah  dihadiri oleh YBhg Datuk Dr. Rahim bin Sudin (Felo), En. Hashim W. Samsi (Ketua Program Pemerkasaan Pensijilan),  Dr. Sharmiza Adnan ( Ketua Sistem Audit FRIM) dan personel FRIM PCS.
 
Disertakan beberapa keping gambar sepanjang audit berlangsung.
 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

YouTube
Instagram