Audit Dalam ISO/IEC 17065-2019

Unit Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM PCS telah menjalani Audit Dalam ISO/IEC 17065 pada 17 hingga 18 September 2019 yang lalu. Proses audit ini telah dilaksanakan oleh dua (2) orang Juruaudit Dalam iaitu Puan Noor Rasyila Bt Mohamed Nor selaku Ketua Juruaudit dan Puan Nor Datiakma Bt Mat Amin.

Sesi pembukaan audit telah dilaksanakan pada 17 September 2019 di Pejabat PCS JKR 508 yang dihadiri oleh Puan Nor Haliyan Bt Tan Shilan(Pengurus Pensijilan & Sistem), Suhana Rafidah Bt Md Yusof(Pengurus Latihan Dan Operasi), Puan Nur Farahin Bt Mohd Sani(Pen Pengurus Pemasaran Dan Jualan),Nur Liyana Izzati Binti Rohaffin(Pen Pengurus Pensijilan),Nur Faizatul Ashikin Bt Mokhtar(Pen Pengurus Latihan Dan Operasi), Muhamad Nazri Bin Ngadinin(Pen Akauntan), Nur Elysa Shakira Bt Othman(Pen Pegawai Pentadbiran) dan Noor Khairani Binti Abd Latif(Pen Pegawai Teknologi Maklumat).

Audit ini dijalankan untuk memastikan FRIM PCS mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh standard ISO/IEC 17065 serta prosedur berkaitan dan keperluan perundangan sebagai badan pensijilan produk. Puan Haliyan Bt Tan Shilan selaku Pengurus Pensijilan mengucapkan terima kasih atas komitmen juruaudit dan menyatakan segala teguran dan cadangan penambahbaikan akan dilaksanakan bagi mengukuhkan FRIM sebagai Badan Pensijilan Produk.

Disertakan beberapa keping gambar sepanjang proses audit berlangsung.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

YouTube
Instagram