LAWATAN FRIM PCS DAN MP KE ARTMATRIX

10 Feb 2020 – Pegawai-pegawai dari Perkhidmatan Pensijilan Produk (FRIM PCS) dan Program Pemerkasaan Pensijilan Produk (MP) telah menyertai lawatan ke kilang Artmatrix Technology Sdn. Bhd. Yang terletak di Balakong, Selangor. Tujuan lawatan ini adalah bagi mendapatkan perkongsian maklumat berkenaan pembuatan produk perabot hijau. Artmatrix telah mendaftar 9 produk perabotnya dengan MyHijau dan telah memenuhi kriteria Green Label Certification (ISO 14024 Type 1 Eco –Labels) dari Environmental Choice Australia Ecolabel . Hasil daripada lawatan ini secara tidak langsung dapat membantu  FRIM untuk mewujudkan Skim Pensijilan Perabot Hijau.

Upload Image...
Upload Image...

Tinggalkan Balasan