Spesifikasi , QC Umum dan Faktor Kegagalan Produk Semasa Ujian (Produk Kayu & Panel)

27 Febuari 2020,Khamis- Latihan Spesifikasi, QC Umum (Perubahan) Terkini dan Faktor Kegagalan Produk Semasa Ujian (Segmen Kayu & Panel) yang dianjurkan oleh FRIM PCS telah dilaksanakan dengan jayanya pada 27 Februari 2020. Latihan ini merupakan kesinambungan daripada latihan yang telah diadakan tahun lalu bagi segmen perabot logam dan fabrik.

Latihan ini telah dihadiri oleh Pengarah Urusan FRIM PCS, Pasukan Juruaudit, Teknikal, Pembantu Teknikal, Personel FRIM PCS dan 21 wakil syarikat pengusaha perabot. Terdapat empat objektif yang hendak dicapai melalui latihan ini iaitu;

    i. Meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran pihak pengusaha perabot, pasukan juruaudit, pasukan teknikal, pembantu teknikal dan personel FRIM PCS terhadap spesifikasi produk bagi segmen kayu & panel serta faktor-faktor yang menyebabkan produk gagal semasa diuji
    ii. Memastikan produk yang dihasilkan syarikat memenuhi keperluan dan piawaian yang ditetapkan oleh standard yang digunapakai (bagi setiap produk tersebut)
    iii. Mengurangkan jumlah atau bilangan produk gagal diuji oleh makmal ujian yang terlibat
    iv. Memastikan langkah pencegahan diambil oleh syarikat bagi meningkatkan kualiti produk perabot yang dihasilkan justeru mempercepatkan proses pensijilan yang dimohon.
    Latihan telah disampaikan oleh Encik Khairul Masseat (Program Pemerkasaan Pensijilan Produk) dan Cik Siti Zaliha Ali (Makmal Pengujian Perabot).

2 thoughts on “Spesifikasi , QC Umum dan Faktor Kegagalan Produk Semasa Ujian (Produk Kayu & Panel)

  1. Dylan says:

    Syarikat kita berminat untuk mengajikan produk kita dengan FRIM untuk memastikan qualiti dan spesifikasi produk kita. Kita nak tanya macam mana boleh kita mendapatkan perkhidmatan dan kos untuk menjalani test pada produk kami. Terima kasih.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

YouTube
Instagram