Lawatan Menteri KeTSA ke FRIM

4 Jun 2020 (Khamis) – YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah mengadakan lawatan pertama ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong semalam.

Beliau diiringi Datuk Zurinah Pawanteh, Ketua Setiausaha (KSU); Dr Mohd Mokhtar Tahar, Timbalan KSU (Sumber Asli); dan Norsham Abdul Latip, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan, KeTSA.

Sesi taklimat oleh KP FRIM.

Dari kiri: Abd Latif, Khali Aziz, Shamsul Anuar, Zurinah, Marzalina dan Mohd Mokhtar bergambar selepas acara penanaman pokok.

Dato’ Dr Shamsul Anuar disambut oleh Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM yang menyampaikan taklimat mengenai latar belakang FRIM, bidang-bidang penyelidikan, kepentingan dan sumbangan kajian FRIM serta hala tuju institusi.

Beliau juga menanam pokok gelam tikus/kelat nenasi (Syzygium zeylanicum) sebagai acara simbolik bagi memperingati lawatan ini.

Menteri KeTSA turut melawat Makmal Kultur Tisu, Pusat Teknologi Herba (HTC) dan Makmal Ujian Perabot (FTL) untuk melihat lebih dekat aktiviti-aktiviti, fasiliti serta perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan (R&D); dan juga produk-produk yang dihasilkan oleh FRIM.

Dr Nor Hasnida Hassan, Ketua Program Bioteknologi FRIM (kiri) memberi taklimat di Makmal Kultur Tisu kepada Shamsul Anuar (tengah) dan Zurinah (kanan).

Hashim W. Samsi, Ketua Program Pemerkasaan Pensijilan Produk FRIM (kiri) memberi keterangan kepada Shamsul Anuar tentang mesin-mesin ujian di FTL.

Program tersebut berakhir dengan lawatan ke Pusat Komuniti Hijau (GCC) yang juga dikenali sebagai Villa Latifiana untuk taklimat tentang usaha dan progres FRIM ke arah mencapai status Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Turut hadir, Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan KP (Operasi) FRIM; Dato’ Dr Marzalina Mansor, Timbalan KP (Penyelidikan).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *