DAPATKAN SIJIL KEPATUHAN PRODUK KETAHANAN API FRIM

2 Julai 2021 – Setiap syarikat yang membekalkan produk ketahanan api mestilah mendapatkan terlebih dahulu Sijil Kepatuhan Produk yang juga dikenali sebagai Lesen Pensijilan Barangan dari mana-mana Badan Pensijilan Produk yang diiktiraf oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum Sijil Perakuan Bahan (Sijil Pepasangan Keselamatan Kebakaran) dikeluarkan oleh JBPM kepada pihak pembekal.
FRIM yang merupakan Badan Pensijilan Produk diiktiraf JBPM serta mempunyai kemudahan Makmal Perlindungan Api yang lengkap menawarkan perkhidmatan Skim Pensijilan Produk Pintu Rintangan Api kepada pengeluar produk pintu rintangan api di Malaysia.
Mari sertai kami. Keselamatan pengguna tanggungjawab bersama.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

YouTube
Instagram