PERABOT KERAJAAN PERLU SIJIL FRIM PCS

2 Julai 2021 – Produk perabot yang dibekalkan ke jabatan/agensi kerajaan mestilah mempunyai Sijil Kepatuhan Produk FRIM PCS seperti mana yang telah termaktub dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, PK 2 Lampiran 2.1 mulai Julai 2018.

FRIM juga dilantik sebagai agensi pengawal selia (regulator) bagi kualiti perabot agensi kerajaan. Pensijilan produk perabot FRIM PCS menjamin kualiti produk dari segi keselamatan, ketahanan, kestabilan dan kekuatan perabot tersebut.
Kualiti merupakan salah satu ciri yang sering dicari oleh pengguna. Tunjukkan komitmen anda terhadap kualiti produk dengan Skim Pensjilan Perabot FRIM PCS.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

YouTube
Instagram