MALAYSIA INTERNATIONAL FURNITURE FAIR (MIFF) 2022

06 JULAI 2022 – ‘Malaysian International Furniture Fair’ (MIFF) 2022 telah berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur pada 6 Julai 2022 yang lalu.

Booth FRIM telah mengetengahkan produk perabot daripada bahan lestari buluh dimana mempamerkan bahan-bahan penyelidikan serta produk perabot berasaskan buluh disamping mempromosikan Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS). Booth ini telah berjalan selama 4 hari bermula 6 Julai hingga 9 Julai.

YBrs. Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah (KP) FRIM disambut oleh Hashim W Samsi, Ketua Program Pemerkasaan Pensijilan Produk; Dr Syarmiza Adnan, Pengarah Urusan FRIM PCS; Nor Haliyan Tan Shilan, Pengurus Pensijilan FRIM PCS serta petugas-petugas daripada Bahagian Keluaran Hutan dan FRIM PCS

Majlis Pelancaran MIFF 2022 telah dirasmikan oleh YBrs. Abu Bakar Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Matrade. Turut hadir pada majlis, Dr Tan Chin Huat, Pengasas dan Pengerusi MIFF; Dr Wan Tarmeze Wan Ariffin, Pengarah Bahagian Keluaran Hutan FRIM yang mewakili KP; Dr Khairul Awang, Ketua Program Pemprosesan Kayu serta Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat FRIM

Acara tahunan ini kembali dianjurkan secara fizikal dengan penyertaan lebih 600 pempamer dari 14 negara.

Tinggalkan Balasan