KURSUS PENGENDALIAN ALAT PENGUKURAN

27 JUN 2022 – Kursus Pengendalian Alat Pengukuran telah dilaksanakan pada 27 Jun 2022 (Isnin). Kursus selama 1 hari adalah anjuran FRIM PCS yang dihadiri seramai 63 orang peserta yang terdiri daripada 33 Syarikat Perabot dan Pasukan Juruaudit FRIM PCS.

Objektif latihan kursus ini adalah seperti berikut:

i. Mengenalpasti jenis-jenis dan kaedah penggunaan alatan pengukuran
yang digunakan dalam proses pembuatan perabot;
ii. Mendedahkan kepada peserta keperluan kalibrasi (tentukuran) dan
kaedah verifikasi alatan pengukuran; dan
iii. Kaedah dokumentasi pengendalian alatan pengukuran.

Penceramah kursus ialah Zairul Amin Rabidin dan dibantu oleh Tanjong
Abdullah, Makmal Pengeringan Kayu, Bahagian Keluaran Hutan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

YouTube
Instagram