PAMERAN KERJA KAYU DAN JENTERA PENGHASILAN PERABOT PERDANA 2022

07 OKTOBER 2022 –  FRIM PCS menyertai Pameran Kerja Kayu dan Jentera Penghasian Perabot Perdana (Wood Processing & Furniture Production Machinery Exhibition) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) pada 6 hingga 9 Oktober 2022. Pameran in dianjurkan oleh Jentera Kerja Kayu Malaysia (MWMA) bersama Expoworks Sdn Bhd.

Program ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pagi tadi, 7 Oktober 2022. Turut hadir YBrs. Dr. Ismail Hj Parlan, Ketua Pengarah FRIM dan kakitangan FRIM PCS dan Program Pemerkasaan Pensijilan Produk.

FPM 2022 ialah acara kerja kayu yang bertujuan mempromosikan pengeluaran perabot Malaysia dan industri berkaitan kayu. Pameran ini dapat membuka laluan kepada pelbagai sektor berkaitan kayu dan permintaan pasaran yang akan datang serta mempromosikan landskap pembuatan yang bertenaga dan
canggih untuk Malaysia.

Upload Image...

Tinggalkan Balasan