AUDIT DALAM ISO/IEC 17065-2019

Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM PCS telah menjalani Audit Dalam ISO/IEC 17065 pada 8 hingga 9 Febuari 2023 yang lalu. Proses audit ini telah dilaksanakan oleh dua (2) orang Juruaudit Dalam iaitu Pn Noor Rasyila selaku Ketua Juruaudit dan Dr Lee Chai Ting.

Sesi pembukaan audit telah dilaksanakan pada 8 Febuari 2023 di Pejabat PCS JKR 508 yang dihadiri oleh Puan Nor Haliyan Bt Tan Shilan(Pengurus Pensijilan & Sistem), Nur Faizatul Ashikin Bt Mokhtar(Pengurus Latihan Dan Operasi), Nur Elysa Shakira Bt Othman(Pegawai Tadbir), Maizatulnajwa Bt Mahidan(Pegawai Teknologi Maklumat) dan Nur Syazana Yasmin Bt. Sholehuddin (Pen. Pegawai Tadbir)

Audit ini dijalankan untuk memastikan FRIM PCS mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh standard ISO/IEC 17065 serta prosedur berkaitan dan keperluan perundangan sebagai badan pensijilan produk. FRIM PCS merakamkan jutaan terima kasih kepada juruaudit yang terlibat atas komitmen juruaudit dan menyatakan segala teguran dan cadangan penambahbaikan akan dilaksanakan bagi mengukuhkan FRIM sebagai Badan Pensijilan Produk.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

YouTube
Instagram