TAKLIMAT PEKELILING PERBENDAHARAAN/PEROLEHAN KERAJAAN KONTRAK PANEL BERPUSAT (KPB)

15 FEBRUARI 2023, Putrajaya – Sesi Taklimat Pekeliling Perbendaharaan/Perolehan Kerajaan Kontrak Panel Berpusat (KPB) bagi Perolehan Perabot Pelbagai Jenis kepada Semua Agensi Kerajaan di Semenanjung Malaysia telah berlangsung pada 15 Februari 2023 bertempat di Dewan Utama Aras G, Kementerian Kewangan Malaysia. Majlis ini telah dihadiri oleh YBrs Nurul Izzah Anwar, Sekretariat Jawatankuasa Penasihat; YBrs Tuan Muhammad Kamil Abdul Munim, Setiausaha Politik Menteri Kewangan; YBhg Datuk Johan Mahmood Merican, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar); YBrs Tuan Ab Rahim Ab Rahman, Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan. FRIM diketuai oleh Hashim W. Samsi, Ketua Program Kualiti Produk Kayu.

 

Sesi taklimat telah dilaksanakan oleh Hazliza Hassan, Ketua Seksyen Kontrak Pusat & Sistem Panel. Manakala, sesi penyerahan kertas cadangan persatuan telah disampaikan oleh Tuan Muhammad Kamil Abdul Munim.

 

Objektif utama sesi ini adalah untuk memberikan penerangan mengenai Pekeliling Perbendaharaan / Perolehan Kerajaan (PP/PK) 2.7 yang telah dilancarkan pada hari ini kepada agensi dan syarikat kontrak panel berpusat.

 

FRIM telah terlibat dalam sesi ini sebagai pempamer untuk menerangkan berkenaan pensijilan produk seperti yang terkandung dalam PK 2.7. YBrs Nurul Izzah telah meluangkan masa melawat reruai (booth) pameran FRIM.

Upload Image...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

YouTube
Instagram