PAMERAN PERABOT EKSPORT (EFE) 2023

07 MAC 2023, Kuala Lumpur – Export Furniture Exhibition 2023 telah diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada 7 hingga10 Mac 2023 yang lalu. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan dan Komuditi.

Pameran Perabot Eksport (EFE) dikenali di peringkat antarabangsa oleh pembeli dari seluruh dunia  sebagai salah satu pameran perabot terkemuka di Asia Tenggara dan pameran ini terus menarik lebih ramai pengunjung perdagangan setiap tahun. Pameran ini merupakan kerjasama Majlis Perabot Malaysia (MFC) dan dianjurkan oleh EFE Expo Sdn Bhd., sebuah syarikat milik penuh MFC.

Pameran ini berlansung selama 3 hari dan FRIM PCS berada di booth 2-A05a (Hall 2) bagi mempromosikan Perkhidmaatan Pensijilan Produk FRIM PCS serta menawarkan promosi manarik untuk syarikat yang berminat untuk menyertai Skim Pensijilan Hijau FRIM PCS.

Upload Image...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

YouTube
Instagram