PAMERAN PERABOT ANTARABANGSA MALAYSIA (MIFF) 2023

01 MAC 2023, Kuala LumpurMalaysian International Furniture Fair (MIFF) 2023 diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) pada 1 hingga
3 Mac 2023. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan dan Komuditi. Turut hadir YBrs. Dr. Ismail Haji Parlan, Ketua Pengarah FRIM.

Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2023 ini diadakan skala pra pandemik dan ia akan meningkatkan pertumbuhan industri dan perdagangan global. MIFF menawarkan pelbagai peluang yang luar biasa untuk pelanggan kami mengembangkan perniagaan mereka dan mendapat keterlihatan dalam kalangan pembeli di seluruh dunia melibatkan syarikat-syarikat besar industri tersebut dari Malaysia dan pengeluar Asia lain dari China, India, Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam dan pavilion oleh Taiwan, Jepun dan Korea Selatan.

MIFF ini didokong bersama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Pasukan FRIM PCS dan Program Kualiti Produk Kayu, Bahagian Keluaran Hutan
dan Cawangan Penerbitan turut terlibat di MIFF 2023.

Upload Image...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

YouTube
Instagram