LATIHAN SESI AWARENESS & REFRESHER COURSE ISO/IEC 17065

30 MEI 2023, Kepong – Latihan Sesi Awareness & Refresher Course ISO/IEC 17065 diadakan di Bilik Morinda / Garcinia FRIM. Latihan sehari (1) ini dihadiri seramai 20 orang peserta terdiri daripada Pasukan Juruaudit, Teknikal, Panel dan kakitangan PCS. Sesi latihan ini telah disampaikan oleh Puan Norlia Musa (ChM). Beliau mempunyai pengalaman kerja selama 37 tahun, 17 tahun pengalaman dalam bidang latihan dan perundingan termasuk ISO/IEC 17025, ISO 15189, ISO 9001, ISO/IEC 17020, ISO/IEC 17065 dan ISO/IEC 17021.

Objektif latihan adalah:-

i.      Memastikan semua personel maklum terhadap keperluan sistem
Pensijilan Produk berdasarkan standard ISO/IEC 17065 (Conformity Assessment
Requirements for bodies certifying products, processes and services);
ii.     Memastikan personel yang terlibat dengan FRIM PCS meningkatkan tahap
pengetahuan terhadap keperluan sistem; dan
iii.    Memastikan persediaan kepada pelaksanaan Audit Dalam & Luar ISO/IEC
17065 berjalan dengan lancar.

Penceramah latihan ialah Puan Norlia Musa (ChM).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

YouTube
Instagram