MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI

26 MEI 2023, Kepong – Majlis Ramah Mesra Aidilfitri dan Taklimat Pensijilan Hijau FRIM PCS telah disambut meriah pada 26 Mei 2023 Jumaat lalu. Acara ini julung-julung kali diadakan ini menggabungkan majlis sambutan hari raya dan juga sesi taklimat berkenaan pensijilan produk hijau yang ditawarkan oleh FRIM PCS.

Majlis ini juga diadakan bagi meraikan pelangan-pelangan FRIM PCS dan agensi-agensi yang terlibat serta beramah mesra bersama kakitangan FRIM PCS dan barisan auditor. 

Sesi taklimat Pensijilan Hijau FRIM telah disampaikan oleh Dr Sharmiza Aznan selaku Pengarah Urusan FRIM PCS. Perkongsian ini memperkenalkan Skim Pensijilan Hijau FRIM dari segi kategori produk, kos terlibat, pengujian serta kelebihan terhadap pensijilan hijau ini. 

Warga FRIM PCS mengucapkan terima kasih kepada semua pelangan dan pemegang taruh yang hadir memeriahkan lagi majlis dan taklimat yang telah diadakan. Semoga majlis seumpama ini mengeratkan lagi hubungan professional antara pelangan dan agensi-agensi yang terlibat

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

YouTube
Instagram