KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA LAWAT FRIM

31 Januari 2024 FRIM telah menerima lawatan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) pada hari ini bagi membincangkan peranan FRIM sebagai  regulator di bawah  Kontrak Panel Berpusat (KPB) perabot sedia ada. Sesi lawatan ini juga turut disertai oleh Perbendaharaan Malaysia (PM) Sabah & Sarawak sebagai pendedahan berkenaan kaedah pelaksanaan KPB Perabot di Semenanjung Malaysia.

Rombongan seramai 15 orang peserta ini telah diketuai oleh  YBhg. Dato’ Indera Ab Rahim bin Ab Rahman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perolehan Kerajaan. Turut menyertai rombongan adalah Encik Fakhrunrozi bin Jamaludin, Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan, Puan Hazliza Hassan, Ketua Seksyen Kontrak Pusat dan Sistem Panel, Tuan Leonard Wilfred Yussin, Pegawai Kewangan  Perbendaharaan Malaysia Sarawak dan Dr. Sakka bin Nordin Pegawai Kewangan Perbendaharaan Malaysia Sabah.
Mereka disambut  oleh YBrs. Encik Mahmudin bin Saleh, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi). Encik Hashim W. Samsi, Ketua Program Kualiti Produk Kayu  telah menyampaikan taklimat peranan FRIM sebagai regulator perolehan perabot kerjaan di bawah KPB. Turut hadir Dr. Sharmiza Adnan, Pengarah Urusan FRIM PCS;  Nor Haliyan Tan Shilan, Pengurus Pensijilan FRIM PCS; Muhammad Azidan Zakaria, Ketua Unit Rekabentuk Produk; Noor Azrieda Abd Rashid, Ketua Unit Rantaian Bahan Mentah; Yanti Abd Kadir, Unit Teknikal dan Industri;  pegawai-pegawai Program Kualiti Produk Kayu    dan FRIM PCS. Seterusnya, delegasi  telah dibawa ke Makmal Pengujian Perabot FRIM dan Jejantas Rimba.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

YouTube
Instagram