Sesi pembukaan audit telah dilaksanakan pada 8 Febuari 2023 di Pejabat PCS JKR 508 yang dihadiri oleh Puan Nor Haliyan Bt Tan Shilan(Pengurus Pensijilan & Sistem), Nur Faizatul Ashikin Bt Mokhtar(Pengurus Latihan Dan Operasi), Nur Elysa Shakira Bt Othman(Pegawai Tadbir), Maizatulnajwa Bt Mahidan(Pegawai Teknologi Maklumat) dan Nur Syazana Yasmin Bt. Sholehuddin (Pen. Pegawai Tadbir)
Audit ini dijalankan untuk memastikan FRIM PCS mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh standard ISO/IEC 17065 serta prosedur berkaitan dan keperluan perundangan sebagai badan pensijilan produk. FRIM PCS merakamkan jutaan terima kasih kepada juruaudit yang terlibat atas komitmen juruaudit dan menyatakan segala teguran dan cadangan penambahbaikan akan dilaksanakan bagi mengukuhkan FRIM sebagai Badan Pensijilan Produk.