FRIM PCS Mengadakan Bengkel Pengisian Borang Permohonan FRIM PCS

​26 Mac 2018 – Perkhidmatan Pensijilan Produk (FRIM PCS) telah mengadakan bengkel pengisian borang permohonan pada pagi tadi bagi pengusaha perabot zon tengah yang meliputi Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Perak. Seramai 40 orang wakil bagi 19 syarikat telah hadir ke bengkel ini. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi memberikan penerangan yang lebih jelas akan keperluan dokumentasi yang perlu disertakan bersama borang permohonan. Ini adalah bagi mengelakkan syarikat menghantar borang permohonan yang tidak lengkap dan melambatkan proses pensijilan produk.

Datin Salamah Selamat selaku Pengurus Pensijilan telah memberikan taklimat terlebih dahulu sebelum pegawai dan juruaudit FRIM PCS membantu pengusaha melengkapkan borang permohonan tersebut.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

YouTube
Instagram