Pensijilan FRIM PCS bertujuan memperkasakan industri perabot bumiputera-MOF

12 September 2019-Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan penguatkuasaan pensijilan dari Perkhidmatan Pensijilan Produk Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM PCS) bertujuan memperkasakan Industri Perabot Bumiputera untuk meningkatkan kapasiti serta kualiti perabot keluaran syarikat bumiputera.
 
Sebanyak 54 syarikat telah berjaya mendapatkan pensijilan FRIM PCS dalam tempoh yang ditetapkan. Keputusan menggugurkan 33 syarikat perabot daripada senarai syarikat Kontrak Panel Berpusat(KPB) disebabkan kegagalan mereka untuk mendapatkan pensijilan tersebut.
 
Dalam kenyataan media MOF semalam, Timbalan Menteri, Datuk Amiruddin Hamzah berkata MOF amat prihatin dengan rayuan ahli persatuan dalam industri perabot bumiputera yang masih belum menyelesaikan pengujian produk mereka.
 
Justeru itu, MOF telah memutuskan tempoh bagi syarikat perabot bumiputera berkenaan mendapatkan pensijilan FRIM PCS dilanjutkan enam bulan lagi iaitu sehingga 31 Disember 2019.
 
 
 
 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

YouTube
Instagram