TAKLIMAT KEPERLUAN DANA PUSINGAN (SOFT LOAN) DAN SKIM PENSIJILAN PEROLEHAN PERABOT KERAJAAN

FRIM telah menganjurkan “Taklimat Keperluan Dana Pusingan (Soft Loan) dan Skim Pensijilan Perolehan Perabot Kerajaan” di Auditorium FRIM pada 19 April 2019. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada Pengusaha Perabot tentang keperluan dan sokongan Pengusaha Perabot bagi mendapatkan Dana Pusingan (Soft Loan) serta proses dan prosedur berkaitan pensijilan mengikut kumpulan produk.
 
Taklimat ini dirasmikan oleh Dr Khalil Aziz Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi). Pembentangan disampaikan oleh En Hashim W Samsi dan YBhg. Datin Salamah Selamat (Pengarah Urusan FRIM PCS). Taklimat ini dihadiri seramai 115 peserta yang terdiri daripada wakil MTIB, wakil persatuan daripada Persatuan Pengusaha Industri Perabot Bumiputera Malaysia (PETRA), Persatuan Usahawan Perabot Bumiputera Kebangsaan Malaysia (PUPUK), Persatuan Perabot Makmal Sains (PEMASA) dan Persatuan Kayu-Kayan & Perabot Bumiputera(PEKA) serta Pengusaha-Pengusaha Perabot.

Perasmian oleh Dr Khalil Aziz Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi).

Taklimat berkaitan Dana Pusingan (Soft Loan) yang dibentangkan oleh Encik Hashim W. Samsi

Datin Salamah Selamat selaku Pengarah Urusan FRIM PCS memberikan taklimat tentang Skim Pensijilan Perabot Perolehan Kerajaan.

Tinggalkan Balasan