FRIM TERIMA LAWATAN TIMBALAN MENTERI KEWANGAN II

FRIM TERIMA LAWATAN TIMBALAN MENTERI KEWANGAN II

26 Jun 2020 – FRIM telah menerima lawatan daripada Kementerian Kewangan Malaysia yang diketuai YB Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II semalam.

Mohd Shahar yang diiringi Dato’ Mohd Zafir Ibrahim, Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan (Sektor Kontrak); Hariz Zakwan, Pegawai Tugas-Tugas Khas dan Puan Noraziah Abdul Halim, Penolong Setiausaha Perolehan Kerajaan, disambut oleh Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) serta beberapa pegawai FRIM yang lain.

Lawatan ini bertujuan membincangkan beberapa isu berkaitan industri perabot bumiputera serta mendapat pengesahan maklumat berkaitan program pensijilan perabot yang dilaksanakan oleh FRIM.

Hashim W. Samsi, Ketua Program Pemerkasaan Pensijilan FRIM memberi taklimat tentang program pensijilan perabot FRIM.

Mohd Shahar mengucapkan terima kasih kepada FRIM atas taklimat dan penerangan yang diberi. Menurut beliau: “Program Pemerkasaan Industri Perabot Malaysia perlu menjadi salah satu agenda penting agar Perabot Bumiputera Malaysia dapat bersaing di dalam pasaran global.”

Turut hadir, Dr Sharmiza Adnan, Pengarah Urusan Perkhidmatan Pensijilan Produk (FRIM PCS); Khairul Masseat, Pegawai Penyelidik; Suhana Rafidah Md Yusof, Pengurus Operasi dan Latihan FRIM PCS; Siti Zaliha Ali, Ketua Makmal Ujian Perabot dan Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM.

Info: Suhana Rafidah Md Yusof
Foto: Muhamad Yusuf Mukhamad Yamin

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

YouTube
Instagram