LAWATAN INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS & TEKNOLOGI PERTAHANAN (STRIDE) KE PERKHIDMATAN PENSIJILAN PRODUK FRIM (PCS) 

15 Julai 2020 – Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE) telah mengadakan lawatan ke  Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (PCS)  untuk mendengar perkongsian pengalaman  FRIM PCS sebagai Badan Pensijilan Produk. STRIDE juga berhasrat untuk menjadi Badan Pensijilan Produk bagi produk pertahanan negara  dan telah memilih FRIM PCS sebagai  badan pensijilan pertama untuk dilawati.

Pasukan STRIDE terdiri daripada tujuh orang pegawai yang diketuai oleh Dr. Mahdi bin Che Isa (Pengarah Bahagian Teknologi Maritim, Pn. Wan Fadilah binti Wan Abdullah (Ketua Cawangan Teknologi Optronik) dan pegawai-pegawai penyelidik lain. En. Hashim bin W. Samsi  selaku Ketua Program Pemerkasaan Pensijilan Produk telah memberi taklimat berkenaan kronologi penubuhan FRIM PCS dan perkara-perkara yang perlu dititikberatkan untuk menjadi badan pensijilan.

Turut hadir Dr. Sharmiza binti Adnan (Pengarah Urusan FRIM PCS), Pn. Nor Haliyan binti Tan Shilan (Pengurus Pensijilan & Sistem IT), Pn. Suhana Rafidah binti Md. Yusof (Pengurus Operasi & Latihan), Pn. Nurfarahin binti Mohd Sani dan En. Khairul bin Masseat (Pegawai Penyelidik).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

YouTube
Instagram