MESYUARAT BERSAMA FRIM DAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF), PUTRAJAYA

8 & 9 September 2020 – Pasukan kerja FRIM PCS dan MOF telah mengadakan Mesyuarat Pemurnian Kriteria Pembuat Perabot dan Way Forward Pembekalan Perabot Kerajaan serta Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana FRIM PCS di Putrajaya.
Objektif mesyuarat ini adalah bagi membincangkan isu, cabaran dalam pelaksanaan FRIM sebagai Regulator dalam Pembekalan Perabot Kerajaan seperti yang diwartakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, Lampiran PK2.1, dan seterusnyaPemurnian dokumen Kriteria Pembuat Perabot serta Way Forward.

Pada hari pertama mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh En Hashim W Samsi (FRIM) dan Dr Mohd Rezal Jaafar (MOF). Mesyuarat JK Pelaksana FRIMPCS-MOF yang dilaksanakan pada hari kedua telah dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Mohd Zafir Ibrahim (MOF)

Turut hadir adalah Puan Hazliza Hassan (MOF), Puan Noraziah Abdul Halim (MOF), YBrs Dr Wan Asma Ibrahim (PKH, FRIM), Dr Sharmiza Adnan (MD, FRIM PCS) serta Pegawai FRIM PCS dan Program Pemerkasaan Pensijilan Produk (MP).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

YouTube
Instagram