BOMBA IKTIRAF PENSIJILAN PRODUK KETAHANAN API FRIM

20 Januari 2021 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengiktiraf FRIM sebagai Badan Pensijilan Produk Ketahanan Api.

Pengiktirafan yang berkuatkuasa mulai 2 Januari 2021 ini telah disampaikan kepada Ketua Pengarah (KP) FRIM melalui surat KP JBPM yang bertarikh 23 Disember 2020.

Syarikat yang membekalkan produk ketahanan api perlu mendapatkan Sijil Kepatuhan Produk daripada Badan Pensijilan Produk yang diiktiraf oleh JBPM terlebih dahulu sebelum Sijil Perakuan Bahan (Sijil Pepasangan Keselamatan Kebakaran) dikeluarkan kepada pihak pembekal.
Skop yang diiktiraf ialah ‘MS 1073: Part 3:1996 (Amd. 1:2003) Specification For Fire Resistance Doorsets: Part 3: Methods For Determination Of The Fire Resistance – Type Of Doorsets’ dan ‘BS 476:Part 21/22 Fire tests on building materials and structures. Methods for determination of the fire resistance of loadbearing elements of construction’.

Dengan pengiktirafan ini, FRIM PCS bersedia menawarkan perkhidmatan pensijilan produk bagi pintu dan dinding rintangan api kepada semua pembekal di Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

YouTube
Instagram